Wednesday, October 7, 2015

Buku : #Sound Direct

Assalamualaikum,


Kenal tak Ustaz ni??

Kalau tak kenal cuba buka dalam link di bawah ni, pilih la yang mana pun untuk tengok hihi..

https://www.youtube.com/results?search_query=abdullah+khairi

Kalau tak, buka lihat yang berikut :






Saya selalu dapat video ceramah Ustaz ni di grup whatsapp keluarga. Satu benda yang menjadi kebanggaan saya ialah sekarang semua ahli keluarga dah berwaspada dalam menyebarkan sesuatu hehe... Alhamdulillah. Jadi kami lebih peka untuk memeriksa dahulu sesuatu sebelum sebar.

Berbalik kepada ceramah Ustaz ni tadi, ya, saya akui ada banyak pendekatan yang dilakukan oleh Ustaz Ustazah kita dalam menyampaikan dakwah. Ada yang suka pendekatan Ustaz Azhar Idrus dan ada yang suka dengan pendekatan Dr Zaharuddin contohnya.

Saya boleh terima yang mana sahaja, selagi mana saya dengar ustaz ni tak merapu sampai tahap tak boleh blah sehingga bawa hadis merapu dan mempersendakan agama lain, maka saya dengar saja. Tapi jujur ya, saya lebih suka pendekatan seperti DR MAZA dan DR UZAR dalam penyampaian. Serius dan bernas.

Namun tak dinafikan, Ustaz seperti UKE, UAI, Us Bollywood dan Us Abdullah Khairi ni juga, ada pengaruhnya yang tersendiri di kalangan mad'u.

Terbaru, Ustaz ni bakal keluar dengan bukunya :

Sinopsis

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.

Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”



“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji,

depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”



---------

Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.

Ada pengajaran yang berguna.


ISI KANDUNGAN

Makan Makanan yang Halal

Kelebihan Penuntut Ilmu

Sempurnakan Wuduk

Kaabah Kiblat Orang Islam

Kewajiban Menutup Aurat

Umrah dan Haji Ketika Muda

Solat Tiang Agama

Kepentingan Menuntut Ilmu

Kelebihan Bersedekah

Islam Itu Mudah

Mematuhi Suruhan Allah s.w.t.

Meminta hanya kepada Allah s.w.t.

Rahmat buat Penuntut Ilmu

Harta Tidak Bernilai Selepas Mati

Faham dalam Beramal

Ibadah yang Tidak Bermanfaat

Memohon Keampunan Allah

Solat Jenazah

Pelihara Solat

Untung Dunia Rugi Akhirat

Tapi buku ni adalah preorder. Insya ALLAH pertengah bulan 10 ini bakal terbit. Harganya RM 20 sahaja. Jika ada yang berminat, boleh maklumkan kepada saya melalui whatsapp 0199515058

No comments: